SHAH ALAM - Kerajaan perlu tegas dalam memastikan apa sahaja usaha untuk mengagung-agungkan semangat dan ideologi komunis ditentang habis-habisan di negara ini.
Penganalisis politik dari Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, segala cubaan memuliakan ideologi komunis tidak sepatutnya dan ia seolah-olah menidakkan sumbangan pejuang dan perajurit yang terkorban untuk mempertahankan negara.
Menurutnya, tindakan 400 individu termasuk bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang mengadakan pertemuan di sebuah dewan di Kajang kelmarin seolah-olah cuba menegakkan semula ideologi komunis sekaligus menidakkan apa yang pejuang negara pertahankan.
"Bagi saya, memang mereka tidak menidakkan perjuangan pejuang negara terdahulu tapi apabila mereka cuba menegakkan dan mengembalikan semangat komunis seolah menidakkan apa yang pejuang kita buat.
"Peristiwa anggota keselamatan kita bermati-matian melawan komunis terpahat dalam sejarah dan ini bukan perkara yang kecil,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, selepas kemerdekaan dicapai, negara juga berdepan dengan ancaman dalaman berpunca daripada pihak komunis.
"Ketika negara telah merdeka ancaman dan pengaruh komunis semakin kuat sehingga menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara.
"Jadi ini adalah sebahagian daripada usaha pejuang negara terdahulu untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara sehingga negara boleh maju dan kita dapat menikmati pembangunan sehingga ke hari ini,” katanya.
Tambah beliau lagi, negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS) juga cukup sensitif dengan pengaruh komunis kerana itu AS tidak mengiktiraf Korea Utara.
Terdahulu, pihak polis diarah supaya segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan membabitkan bekas ahli PKM di Kajang
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara yang dikhuatiri mengancam keamanan itu tidak boleh dibiarkan berlaku apatah lagi jika pertemuan itu cenderung untuk menghidupkan semula semangat komunisme di negara ini.
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/60032/BERITA/Nasional/Selesai-segera-siasatan-pertemuan-ahli-PKM-di-Kajang-1.60032
ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/60136/BERITA/Nasional/Cubaan-tegakkan-semula-ideologi-komunis