Kejohanan Golf Amal RS himpun pemain seluruh negara

Iklan
Yahaya (empat dari kanan) bersama Saiful (tiga dari kanan) bergambar bersama piala kejohanan selepas sidang media tersebut.

PUTRAJAYA - Satu Kejohanan Golf Amal Rangkaian Sahabat (RS) 2019 bakal dianjurkan di Palm Garden Golf Club dengan menghimpunkan wakil dari setiap negeri seluruh semenanjung dan Sabah.

Difahamkan, penganjuran kejohanan ini merupakan program tahunan anjuran RS bersempena dengan Perhimpunan Agong UMNO (PAU) yang akan bermula pada 5 Disember ini.

Iklan
Iklan

Presiden RS, Datuk Yahaya Mat Ghani berkata, penganjuran kejohanan berkenaan bertujuan mengeratkan silaturahim di samping membuat kutipan sumbangan untuk membantu ahli dan pihak yang memerlukan.

"Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada beberapa ahli RS dan individu yang telah dikenal pasti bagi membantu meringankan beban dihadapi mereka," katanya pada sidang media kejohanan itu yang berlangsung di Urbanhive hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Setiausaha RS, Saiful Yazan berkata, pihaknya menjangkakan seramai 128 wakil melibatkan semua negeri akan turut serta bagi memeriahkan kejohanan tersebut yang bermula seawal jam 7.30 pagi.

Beliau berkata, kejohanan tersebut bakal menghimpunkan ramai pemain golf dalam bersama-sama untuk beriadah dan beramal.

Iklan

"Sumbangan yang akan diberikan adalah dalam bentuk wang ringgit menerusi kutipan yang dibuat dan penyerahan akan dilakukan pada malam kejohanan itu," katanya.