Bagaimana proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong?

Iklan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (tiga, kiri) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-249 di Istana Negara, Julai lalu. - Foto Bernama

- MOHON perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan.

- Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan itu.

Iklan
Iklan

- Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-raja.

Prosiding pemilihan

Iklan

- Apabila Majlis Raja-raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis.

- Pemilihan dibuat secara undi sulit.

Iklan

- Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.

- Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.

- Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

- Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.

- Seseorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

Proses pemilihan

- Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pilihannya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

- Calon mestilah mendapat majoriti lima undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda.

- Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong.

- Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

Selepas tamat urusan pemilihan

- Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.

- Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

- Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-raja sebagai saksi-saksi.

Pemecatan

- Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen.

- Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-raja sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini.

- Perlembagaan telah memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di-Pertuan Agong dari jawatan tidak boleh diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi mengundi menyokongnya.