Misi wajib menang menentang Kemboja

Iklan
Kim Swee tuntut kemenangan daripada skuad Harimau Muda menentang Kemboja malam esok. FOTO: Football Association of Malaysia (Official)

PENGENDALI Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee meminta anak buahnya fokus kepada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Kemboja di Stadium RIzal Memorial petang esok dengan menjadikannya misi wajib menang.

Ia bagi memastikan skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) yang menggalas cabaran di Sukan SEA 2019, Filipina dapat terus bersaing merebut slot ke separuh akhir selepas Myanmar mengesahkan tempat mereka dengan 10 mata.

Iklan
Iklan

Selepas mengharungi tiga perlawanan kumpulan, Malaysia Kemboja dan Filipina masing-masing mengumpul empat mata serta cuma dibezakan dengan jumlah jaringan.

Katanya, perlawanan membabitkan tuan rumah menentang Timor Leste yang berlangsung serentak tidak boleh mengganggu rentak permainan skuad negara.

Iklan

"Apa yang penting adalah kemenangan (ke atas Kemboja). Kita mungkin tidak boleh jangkakakan perlawanan antara Filipina dengan Timor Leste, sama ada tuan rumah dapat satu, dua atau tiga gol.

"Jadi, kemenangan adalah lebih penting buat kita dan sekiranya mampu menjaringkan gol yang lebih, ia lebih baik,” katanya hari ini.

Iklan

Kali terakhir skuad Sukan SEA negara menghadiahkan emas ialah di Jakarta pada 2011 dengan menewaskan tuan rumah menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Malaysia memulakan kempen sedikit tempang selepas hanya sekadar seri 1-1 dengan Myanmar, tewas kepada Filipina 1-0 dan kemenangan hadir pada perlawanan ketiga ketika menentang Timor Leste malam tadi.

Sudah pasti Kim Swee akan membuat percaturan dengan menurunkan barisan terkuat Harimau Muda dan taktikal terbaik malam esok.