KDN 'buru' pelancong China, India tinggal lebih masa

Iklan
Muhyiddin (tiga dari kiri) menyaksikan majlis penyerahan kompleks ICQS antara Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar (dua dari kiri) dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Jamil Rakon di sini hari ini.

BUKIT KAYU HITAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius isu pelancong China dan India tinggal lebih masa di negara ini seperti tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) akan mengesan kedudukan pelancong-pelancong ini dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka berdasarkan undang-undang Imigresen.

Iklan
Iklan

Katanya, pelancong yang masuk ke Malaysia mestilah berada di negara ini mengikut tempoh yang dibenarkan imigresen.

"Kalau sudah melampaui tempoh kita pandang berat perkara itu dan ada tindakan penguatkuasaan akan diambil imigresen," katanya ketika majlis penyerahan Kompleks Imigresen, Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara Syarikat Northern Gateway Infrastructure Sdn Bhd (NGISB) kepada KDN di sini hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Jamil Rakon (kiri) menyerahkan dokumen penyerahan kompleks kepada Khairul Dzaimee (kanan) sebagai agensi peneraju kompleks ICQS sambil disaksikan Muhyiddin.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata,berlaku sedikit salah faham berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2018 tentang jumlah pelancong China yang masih berada di negara ini.

"Berdasarkan semakan imigresen, jumlah sebenar pelancong China yang tidak keluar dari negara ini hanyalah 23 peratus (18,341) dan bukannya 95.6 peratus (76,258) seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.

Iklan

"Perbezaan terbabit berlaku disebabkan terdapat pelancong China yang masuk ke negara ini melalui Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI). Tetapi apabila mereka keluar, ia tak ada rekod menerusi eNTRI, sebaliknya hanya rekod keluar melalui sistem biasa,"katanya,

Tambahnya, imigresen akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Audit Negara dalam masa terdekat untuk mengemaskini data berkenaan.

Semalam, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 melaporkan lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat negara ini tiada rekod keluar antara 2016 sehingga tahun lalu.

Menurut laporan itu, sepanjang 2016 hingga 2018, data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Bagi warga India pula kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.