KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Terengganu semakin pulih dengan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Kemaman ditutup sepenuhnya berikutan cuaca baik hari ini.
Sehingga jam 7 malam tadi, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan 50 pusat pemindahan sementara di tujuh daerah masih dibuka bagi menempatkan 2,200 mangsa melibatkan 596 keluarga berbanding 4,812 mangsa pagi tadi.