Boling sumbang emas buat Malaysia

Iklan
Timmy menghadiahkan emas bagi acara tenpin boling perseorangan Sukan SEA 2019 hari ini. - Foto Majlis Sukan Negara

ATLET tenpin boling negara, Timmy Tan berjaya melakar kejayaan pada temasya Sukan SEA 2019 hari ini apabila memenangi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki.

Beliau mencatat 1,334 jatuhan pin mengalahkan pencabar terdekatnya, Annop Arromsaranon dari Thailand yang menjatuhkan 1,331 pin.

Iklan
Iklan

Timmy berkata, sejak daripada awal lagi naluri hatinya kuat mengatakan bahawa akan mencapai kejayaan dalam acara tersebut.

"Saya memang teruja untuk beraksi hari ini. Malah selepas sesi latihan rasmi saya dapat rasakan yang saya mampu mencipta kejayaan cuma tidak tahu warna pingat yang akan dimenangi.

Iklan

"Tidak sangka pula hari ini saya boleh meraih pingat emas,” katanya.

Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan Timmy yang sebelum ini gagal meraih sebarang pingat pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Iklan

Gangsa pula dimenangi peserta dari Singapura, Cheah Ray Han dengan 1,316 jatuhan pin.