Presiden Sri Lanka tangguh Parlimen

Iklan
Gotabaya Rajapaksa - FotoAFP

COLOMBO - Presiden baharu Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa menggantung Parlimen selama sebulan bermula hari ini menjelang pilihan raya badan perundangan itu pada Mac depan.

Pengumuman rasmi sesi baharu Parlimen akan memberi kerajaan minoriti pimpinan Rajapaksa lebih banyak kawalan ke atas jawatankuasa pengawasan Parlimen.

Iklan
Iklan

Rajapaksa, 70, berharap dapat meningkatkan popularitinya dengan mengadakan pilihan raya enam bulan sebelum tempoh lima tahun Parlimen semasa tamat pada Ogos.

Beliau juga telah mengarahkan pemotongan cukai utama dalam usaha untuk merangsang ekonomi negara selepas insiden berdarah pengeboman bunuh diri pada sambutan Hari Easter yang melumpuhkan sektor pelancongan negara.

Iklan
Iklan

Cukai nilai tambah dipotong daripada 15 peratus kepada lapan peratus manakala dua peratus cukai barang dan perkhidmatan dimansuhkan bermula bulan ini. - AFP