SHAH ALAM - Jangan mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang menawarkan pinjaman wang dengan syarat yang mudah terutama di media sosial.
Modus operandi sindiket ini adalah golongan yang terdesak yang memerlukan wang, tambahan pula dalam keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat hari ini.
Mangsa hanya perlu menghantar borang, salinan kad pengenalan, akaun bank dan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama wang pengurusan dan bayaran guaman pinjaman untuk diproses.
Sebelum permohonan diluluskan, mangsa yang memohon pinjaman perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sindiket.
Dalam tempoh beberapa jam pihak sindiket berkenaan 'segera' meluluskan pinjaman dan menghantar gambar cek yang bertulis nama serta jumlah yang dipohon mangsa.
Mangsa akhirnya menyedari tertipu apabila tiada wang yang dimasukkan ke dalam akaun manakala cek yang diberikan adalah palsu.
Tinjauan Wartawan Sinar Siasat mendapati iklan pinjaman mudah ini begitu berleluasa di media sosial seperti Facebook dan WeChat dengan menyasarkan individu terdesak memerlukan wang.
Dengan kata kunci 'pinjaman wang', Wartawan Sinar Siasat mendapati banyak iklan tawaran pinjaman wang daripada individu berbeza menggunakan gambar profil wanita cantik dengan pelbagai kata-kata menarik antaranya 'pinjaman tahun baharu terhad kepada 10 pelanggan pertama sahaja', 'tanpa penjamin dan cagaran, cepat lulus, senarai hitam diterima serta terbuka kepada pekerja swasta atau kerajaan'.
Satu lagi penemuan Wartawan Sinar Siasat adalah tawaran pinjaman menggunakan nama sesebuah syarikat yang mana modus operasinya meminta maklumat mengenai pekerjaan, gaji, tetap atau kontrak serta meminta mangsa untuk menghantar gambar penyata gaji.
Seorang penjawat awam dikenali sebagai Ramli, 40-an misalnya menceritakan, dia terpedaya dengan iklan di FB awal Disember lalu dengan hasrat membuat pinjaman sebanyak RM15,000.
Tanpa berfikir panjang, mangsa menghubungi wakil iklan itu dan mengikut arahan untuk memberi salinan kad pengenalan serta penyata gaji dan selepas dimaklumkan layak untuk memperoleh pinjaman berkenaan, mangsa diminta dahulu menjelaskan bayaran pinjaman empat bulan pertama sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun.
Menurut mangsa, wang bayaran itu dijanjikan akan didepositkan semula bersama jumlah pinjaman.
Tidak sampai 30 minit, wakil iklan itu meminta pula mangsa menjelaskan bayaran insurans pinjaman wang sebanyak RM2,000, namun mangsa memberitahu tidak cukup wang.
Mangsa terus didesak hingga akhirnya membuat dua transaksi wang ke dalam akaun sama sejumlah RM2,000.
Tidak terhenti begitu sahaja, wakil iklan berkenaan menyatakan akaun berkenaan tidak boleh digunakan dan mengarahkan mangsa untuk memasukkan lagi wang ke dalam akaun lain.
Oleh kerana wang tidak mencukupi, mangsa memohon wakil iklan berkenaan untuk membatallkan sahaja permohonan.
Bagi tujuan pembatalan, mangsa perlu memasukkan wang sebanyak RM1,000 dan mangsa menolak untuk membuat pembayaran.
Mangsa diugut oleh wakil iklan berkenaan akan membawa kes ke mahkamah kerana mangsa mahu membatalkan kontrak.
Mangsa yang akhirnya sedar dirinya ditipu segera membuat laporan polis di Balai Polis Senawang.