'Apa sibuk-sibuk nak siasat?'

Iklan
Syed Hussin Ali

SHAH ALAM - Veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Hussin Ali mempersoalkan kritikan masyarakat terhadap kehadirannya pada perhimpunan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang baru-baru ini.

Syed Hussin berkata, perhimpunan itu dianjurkan setiap tahun untuk Memperingati Ulang Tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai.

Iklan
Iklan

"Perhimpunan itu untuk memperingati perjanjian perdamaian. Apa salahnya pergi untuk tengok?

"Apa sibuk-sibuk nak siasat dan sebagainya kalau benda tu hanya untuk perdamaian? Tak nak perdamaian?" katanya kepada Sinar Harian semalam.

Iklan

Syed Hussin berkata, kehadirannya adalah berdasarkan jemputan dan beliau tidak berucap pada perhimpunan tersebut.

"Ia memperingati perjanjian perdamaian dan saya rasa itu perjanjian yang baik kerana membawa perdamaian," katanya.

Iklan

Ahad lalu, media melaporkan kira-kira 300 orang menghadiri perjumpaan dipercayai melibatkan bekas ahli PKM bagi memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Berikutan itu, semalam Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan polis segera menyelesaikan siasatan berhubung dakwaan pertemuan tersebut.