KOTA BHARU - Walaupun tiada butiran hujan yang lebat dicatatkan untuk beberapa jajahan di negeri ini namun mangsa banjir yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih lagi berjumlah lebih 13,000 orang.
Sehingga jam 8.30 pagi tadi, mangsa banjir di negeri ini adalah seramai 13,776 orang melibatkan 5,084 keluarga yang ditempatkan di 64 buah PPS di kawasan yang terlibat.