Pelajar MRSM maut motosikal bertembung bas ekspres

Iklan
Keadaan motosikal mangsa yang remuk teruk.

MARANG- Seorang pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Berang maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah bas ekspres, di KM43 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Gong Balai, Merchang malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa Muhammad Haziq Mohd Aminudin yang menunggang dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh hadapan bas.

Iklan
Iklan

Pelajar Tingkatan Lima yang berasal dari Pulau Kerengga itu meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, bas yang dipandu lelaki berusia 68 tahun itu dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Iklan

"Akibat jarak yang terlalu dekat, bas berkenaan telah mengelak ke kiri kaki lima jalan tetapi mangsa terlanggar bahagian hadapan bas. Mangsa parah di seluruh badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

Iklan

Mohd Zain memberitahu, pemandu dan beberapa penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, saringan awal urin pemandu bas negatif dan kes disiasat di bawah Sek 41 APJ 1987.