Tidak perlu jadualkan semula mesyuarat APEC Chile ke Januari

Iklan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menyempurnakan majlis perasmian Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 di Cyberview Lodge Resort hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking (kiri) dan timbalannya Dr Ong Kian Ming (kanan). Malaysia akan menjadi tuan rumah APEC 2020 dengan tema 'Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Kemakmuran Bersama'. - Foto Bernama

CYBERJAYA - Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tidak perlu untuk menjadualkan semula pada Januari depan selepas ia dibatalkan di Chile bulan lepas seperti yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau ada mendengar bahawa negara-negara APEC menerima jemputan bagi cadangan menjadualkan semula mesyuarat APEC di AS pada bulan depan.

Iklan
Iklan

"Hampir setiap daripada kita memutuskan ia tidak perlu jadi kita tidak akan pergi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran APEC 2020 Malaysia, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian semasa diminta mengulas cadangan untuk menjadualkan semula mesyuarat pemimpin APEC yang dibatalkan di Chile pada November ke AS.

Iklan

Menjawab satu lagi soalan menanyakan pertimbangannya menolak menghadiri mesyuarat yang dijadualkan semula selepas Presiden AS Donald Trump menghantar duta khas beliau untuk menyampaikan jemputan bagi APEC 2020 pada Januari, Dr Mahathir mengulangi:"Pertama-tamanya saya fikir ia tidak perlu.”

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota APEC disaran terima pakai falsafah Kemakmuran Bersama

Iklan

"Chile sebenarnya telah melakukan tugas yang baik dalam persiapan mereka dan tidak ada orang lain yang boleh melakukan kerja bertahun-tahun seperti Chile.

"Jika anda memanggil mesyuarat tanpa persediaan, itulah sebabnya mengapa kami memutuskan ia tidak perlu,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir mengucapkan tahniah dan terima kasih beliau kepada kerajaan dan rakyat Chile, sebagai tuan rumah APEC 2019, di atas segala usaha padu mereka untuk menggerakkan banyak inisiatif bagi memantapkan kerjasama ekonomi dalam kalangan 21 ekonominya.

"Seperti negara lain, Malaysia juga ingin menzahirkan rasa kesal dengan pembatalan Mesyuarat Pemimpin APEC di Chile pada bulan lepas. Kita memahami cabaran yang dihadapi kerajaan Chile dan berharap situasi di Chile akan kembali seperti sedia kala secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata, ini, bagaimanapun, tidak menafikan semua usaha keras yang dilakukan Chile sepanjang ia menjadi tuan rumah.

"Bagi meneruskan usaha cemerlang Chile, saya mempelawa semua pemimpin Ekonomi APEC ke Malaysia pada 2020 untuk membincangkan isu-isu yang penting kepada daya tahan APEC, daya tahan perdagangan dan pelaburan dan daya tahan kesejahteraan ekonomi kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemajuan perlahan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Dr Mahathir berharap ada sedikit perlindungan perdagangan bagi ekonomi lebih kecil untuk membantu mereka bersaing di landskap perdagangan bebas antarabangsa.

Dalam melahirkan kebimbangan beliau, katanya, ekonomi kecil biasanya tidak akan menjadi penerima utama bagi perdagangan bebas, tidak seperti ekonomi besar lain dan hanya memperoleh hasil kecil daripada eksport hanya kerana mereka tidak mempunyai banyak perdagangan.

"Sebahagian anggota dalam perdagangan bebas ini sangat maju dalam pembuatan dan mereka menghasilkan banyak benda berbanding mereka boleh eksport yang sebenarnya diinginkan oleh anggota lain.

"Sebaliknya, negara-negara lebih kecil yang baru memulakan perindustrian mereka mendapati mereka tidak boleh bersaing dengan negara-negara yang telah lama terlibat dalam perindustrian, jadi perlu ada sedikit perlindungan,” katanya. - Bernama