[VIDEO] 'Nak tambah nasi, empat hari tak makan'

Iklan
Keratan video yang memaparkan gelagat pemuda OKU tersebut membuatkan hati netizen tersentuh

SHAH ALAM - Gelagat seorang individu yang berceloteh dengan seorang insan istimewa ketika membawanya makan menyentuh dan menghiburkan warga maya yang menontonnya.

Ragam mereka dikongsi oleh @MOFASAD di Twitternya yang memaparkan seorang kurang upaya (OKU) yang mengaku kenyang tetapi pada masa sama bersungguh meminta ditambahkan nasi.

Iklan
Iklan

Cukup ke tak cukup?” tanya seorang lelaki kepada pemuda OKU tersebut yang sedang menjamah sepinggan nasi bersama segelas air sirap.

"Cukup,” jawabnya sambil terangguk-angguk. Tak payah tambah lagi?. Nak.. nak,” jawabnya lagi. Eh cukup ke tak cukup?”

Iklan

"Cukup. Dah cukup tak payah tambah lah. Nak tambaaah haha...Nak tambah nasi, empat hari tak makan,” kata lelaki OKU tersebut.

Antara reaksi netizen yang tersentuh dengan gelagat insan istimewa itu.

Perkongsian video yang berdurasi 1 minit itu meraih 158,900 tontonan, 10,500 ulang kicau.

Iklan

Jawapan pemuda istimewa itu terhadap soalan perakam video berkenaan membuatkan netizen tersentuh.

"Orang hati mulia tidak pernah ada rasa tamak dalam diri, itu diajar oleh nabi kita walaupun masih lapar dia gentar nak cakap tak cukup, sebab dia bersyukur dgn rezeki ALLAH tapi dia lapar nak tambah sikit lagi," tulis @jebat_durhaka7 di Twitter.

@camillealterego pula memberitahu,"Cukup tapi nak lagi. Tak rasa dia sebenarnya macam segan ke nak mintak makanan lagi? Sebab tu dia kata cukup dan terselit juga sebenarnya dia rasa bersyukur sebab dapat makan. Empat hari tak makan tu,".

Link video