Penurunan harga petrol ringankan beban belia

Iklan

KOTA KINABALU - Penurunan harga petrol dan diesel yang berkuatkuasa Sabtu lepas dapat membantu meringankan beban belia yang terkesan dengan kos sara hidup.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Ahmad Farid Sainuri berkata kerajaan persekutuan membuat keputusan tepat dengan mengotakan janji untuk menurunkan harga bahan api selaras dengan trend penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Iklan
Iklan

Katanya kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) tentang kos sara hidup belia dan keperluan belia Malaysia pada 2016 mendapati bahawa 43 peratus belia terkesan dengan kenaikan harga petrol.

Belia berpendapatan RM1,500 ke bawah terkesan dengan kos bahan api sebanyak tujuh peratus daripada pendapatan mereka selain perlu membayar pinjaman (12 peratus), ansuran kenderaan (10 peratus), kos utiliti (enam peratus) selain keperluan rumah, perbelanjaan anak-anak dan rumah, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Jumaat lepas berkata harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi. - Bernama