SABAK BERNAM - Seorang penunggang motosikal cedera di tangan dan kepala selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di Kilometer 60 Jalan Teluk Intan- Klang di sini semalam.
Kejadian jam 4 petang itu berlaku ketika mangsa, Nor Firdaus Mohamad Sani, 25, melintas jalan dari arah simpang Jalan Sekolah Sungai Nibong menghala ke Jalan Tali Air 12.
Iklan
Iklan
Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, sebuah kereta dari arah Klang menghala ke Pekan Sungai Besar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Akibat pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan.
"Orang awam yang melihat kejadian kemudian menghubungi talian 24 jam MERS 999 untuk mendapatkan bantuan," katanya.