COLORADO - Seorang wanita, Melissa Michelle Adamson, 33, dihukum penjara 24 tahun kerana cuai menyebabkan kematian anaknya yang berusia 2 tahun.
Lokhi Bloom maut serta-merta di kediamannya di Colorado Springs, Amerika Syarikat pada Oktober 2018 setelah kanak-kanak berkenaan memasukkan pistol tersebut ke dalam mulutnya yang disangkakan mainan.
Iklan
Iklan
Melissa yang berada di bawah pengaruh dadah memberitahu polis, ketika kejadian dia berada di bawah pengaruh dadah.
"Pistol berisi peluru disimpan di rumahnya disebabkan dia menerima ancaman daripada pengedar dadah bernama Beast," katanya.
Hasil siasatan pihak polis mendapati wanita tersebut mempunyai jenayah lampau berkaitan dadah dan kes penderaan serta pembunuhan.