Puluhan orang dikhuatiri terbunuh banjir lumpur Uganda

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

JOHANNESBURG - Sekurang-kurangnya 30 orang dikhuatiri terbunuh dalam kejadian banjir lumpur yang dicetuskan oleh hujan lebat, di beberapa buah kampung di timur Uganda, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Rabu.

Seorang pegawai di sebuah kampung, Gerald Fungo berkata, beberapa orang dikhuatiri terbunuh dan tertimbus akibat banjir lumpur itu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Daily Monitor, tragedi berlaku pada petang Selasa selepas hujan lebat selama lima jam di daerah Bududa.

Daerah yang berhampiran dengan kawasan gunung terdedah kepada kejadian tanah runtuh.

Iklan
Iklan

Pada 2010, tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya 100 orang. - Bernama