Seni, budaya 'magnet' ke Dubai

Iklan
GLOBAL Village yang berwarna-warni dengan neon pada waktu malam.

Warisan unik dalam arus kota kosmopolitan

SIRI 1

SUKAR menemui seseorang yang tidak terpempan tatkala kali pertama menjejakkan kaki ke Dubai, satu daripada tujuh emiriah yang membentuk negara Emiriah Arab Bersatu (UEA).

Iklan
Iklan

Apa tidaknya, kotanya moden kaya dengan binaan arkitek menakjubkan pada kelas dunia, malah terdapat pencakar langit yang memecahkan rekod dunia.

Pun begitu, di sebalik signatur 'lubuk' membeli-belah mewah dan pemandangan limpahan neon malam yang indah, Dubai tidak melupakan asas seni dan budayanya.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Dubai Tourism, Issam Kazim juga tidak menafikan, aspek asas ketamadunan manusia itu tetap diberi perhatian.

ISSAM

Buat pencinta seni dan budaya, pasti tidak menyesal sekiranya berkunjung ke Dubai yang dikhabarkan salah sebuah dari lima negara paling selamat di dunia itu.

Iklan

Mengambil masa hanya tujuh jam perjalanan untuk 'terbang' dari negara ini, usah risau untuk mencari makanan halal di sana kerana semudah memetik jari.

Jom ikuti pengalaman penulis meneroka seni dan budaya masyarakat tempatan yang dikenali sebagai emerati di Dubai!

Alserkal Avenue

Salah satu hab kreatif yang paling maju, Alserkal Avenue adalah lokasi kebudayaan yang terkenal dengan galeri seni kontemporari, organisasi bukan keuntungan dan perniagaan tempatan di kawasan perindustrian Al Quoz.

ANTARA hasil seni kreatif yang dipamerkan.

Seluas 500,000 kaki persegi, Alserkal Avenue menjadi platform penting pembangunan industri kreatif di Emiriah Arab Bersatu.

Lawati galeri seni kontemporari dan ruang komuniti kreatif serta terokai seni fotografi, reka bentuk, kulinari perniagaan, fesyen gaya hidup, perindustrian serta muzik Dubai di sana.

Hampir 90 galeri terdapat di situ. Bagi peminat seni, seharian pun pastinya tidak akan puas berada di sana. Pendek kata dari seni halus, vintaj hinggalah ke hipster, kesemuanya boleh didapati dalam satu lokasi.

La Mer

La Mer di Jumeira lokasi meriah untuk dilawati. Apa tidaknya, selain tempat makan dan membeli-belah, kedudukannya terletak berhampiran pesisir pantai.

Pantai bertaraf dunia La Mer menempatkan 'port' mengisi masa lapang dan hiburan.

BERSANTAILAH di La Mer yang terletak tidak jauh dari tepian pantai.

Di sini juga terdapat La Mer Street Art yang mempunyai ruang terbuka luas 'diiringi' tumbuhan sawit, jalan kayu yang dibarisi pokok, mural seni grafiti dengan daya tarikan santai.

Lokasi tepi pantai tersebut meriah dengan pelbagai keunikan menarik pada waktu malam.

Burj Khalifa

Burj Khalifa setinggi 828 meter antara mercu tanda Dubai yang wajib dikunjungi.

Bagi yang mahu menyaksikan sendiri keindahan bumi Dubai dari tingkap kaca menara itu, dicadangkan datang seawal jam 9 pagi waktu tempatan supaya tidak perlu beratur panjang.

BURJ Khalifa yang mengagumkan.


PEMANDANGAN indah kota Dubai pada waktu malam.

Pun begitu, jika terpaksa berbaris sehingga mengambil masa lama pun pastinya berbaloi. Mahu menjimatkan masa, tempah saja tiket online.

Pasti mengasyikkan menikmati hidangan air teh atau kopi bersama pemanis mulut Arab di Lounge jika memilih pakej biasa pada harga AED 533 atau kira-kira RM606 untuk menjejakkan ke At The Top Sky, Burj Khalifa.

Dubai Mall

Puas menjamu mata di Burj Khalifa, singgahlah pula di Dubai Mall yang hanya terletak di kaki menara itu. Walaupun seharian di sana tentunya tidak mencukupi untuk menerokai keseluruhan lot kedai, tempat makan dan hiburan di situ.

Dubai Mall adalah pusat membeli-belah ke-26 terbesar di dunia dengan keluasan sebanyak 502,000 meter persegi. Bayangkanlah!

BERKUNJUNG ke Dubai Mall pasti tidak puas berjalan dalam masa sehari.

Singgahlah di The Souk yang menjual pelbagai hasil seni dan The WaterFall yang terdapat replika manusia yang terjun ke dalam air. Simboliknya berkait sejarah asal peneroka Dubai yang hidup dengan menjadi nelayan dan pencari mutiara.

Jangan lupa singgah di Dubai Aquarium yang mengagumkan. Berjalanlah di deretan menjual barangan dan minyak wangi premium serta berjenama antarabangsa untuk mendapat aura baharu.

DUBAI Aquarium.


Global Village

Mahu 'sampai' ke negara-negara di dunia secara dekat dalam satu masa, pergilah ke Global Village. Pengunjung boleh melihat negara dan budaya masyarakat dunia di situ. Menariknya bayaran masuk hanya AED 15!

GLOBAL Village yang berwarna-warni dengan neon pada waktu malam.

Tidak perlu pergi ke setiap ceruk rantau dunia. Global Village destinasi menonjolkan budaya, hiburan dan lokasi membeli-belah dan makanan semuanya berlandaskan tradisi.

Banyak kejutan yang menyeronokkan.

Antara 'negara' (pavilion) yang sempat penulis lawati, China, Iran, Thailand, Amerika, Afrika, Jepun, Turki, India, Mesir, India, Syria, Bosnia dan banyak lagi.***Sambungan Siri 2, nantikan perkongsian Jom Relaks, Sihat:Aktif antaranya ke Dubai Frame, muzium klasik, pengalaman menaiki unta dan meredah padang pasir serta melewati binaan klasik sekitar 100 tahun lalu minggu hadapan, 11 Disember 2019.