Azmin sah hadir Kongres PKR di Melaka

Iklan
Azmin ketika menjawab pertanyaan pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik PKR di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto: Bernama

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan akan menghadiri Kongres PKR 2019 yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang bermula esok.

Dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga mengesahkan rakan-rakannya yang dipilih pada pemilihan kongres parti tahun lepas turut sama hadir ke kongres berkenaan.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Azmin mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin PKR yang dikatakan daripada kem beliau sebelum menghadiri Mesyuarat Biro Politik PKR yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.

Antara pemimpin PKR lain yang dilihat bersama Mohamed Azmin adalah dua Naib Presiden PKR iaitu Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua serta beberapa Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) seperti Datuk Mohd Rashid Hasnon, Amirudin Shari, R Sivarasa dan Elizabeth Wong.

Iklan

Mengulas mengenai pertemuan itu, kata Mohamed Azmin, ia menyentuh mengenai kedudukan parti dan persiapan kongres yang dimulakan dengan perasmian Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita PKR dan Kongres PKR.

"Kami akan bincangkan beberapa perkara penting dan saya nak nyatakan di sini bahawa saya dan rakan-rakan akan hadir ke kongres nasional pada minggu ini," katanya.

Iklan

Ahli Parlimen Gombak itu namun enggan mengulas mengenai timbul isu kongres kedua-dua parti itu di sebuah hotel di ibu negara seperti mana tular dalam media sosial dalam minggu ini.