Operasi SAR cari Nur Dhiya Aqilah bersambung esok

Iklan
Operasi SAR di Sungai Lipis dekat Kampung Pagar, Penjom hari ini. - Foto ihsan bomba

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas di Sungai Lipis dekat Kampung Pagar, Penjom sejak Isnin lalu ditangguhkan jam 7 petang tadi.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, operasi yang bermula jam 7.45 pagi tadi turut melibatkan Unit K9 selain Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin, anggota bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Iklan
Iklan

"Operasi SAR hari ketiga hari ini akan disambung esok.

Antara anggota PPDA yang terlibat dalam operasi SAR hari ini. - Foto ihsan bomba

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Isnin lalu, mangsa, Nur Dhiya Aqilah Khairul Adli, 6, dipercayai dihanyutkan arus selepas terjatuh dalam sungai terbabit ketika bermain bersama rakan-rakannya di tebing sungai itu.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak 6 tahun dikhuatiri lemas

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Nur Dhiya Aqilah disyaki terjatuh dan dihanyutkan arus deras selepas dipercayai bermain di kawasan itu.

Iklan