UMNO akan letak calon di PRK Kimanis: Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - UMNO akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bakal diadakan, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Secara tidak rasmi, kita akan meletakkan calon kita untuk pilihan raya kecil Parlimen Kimanis kerana kerusi itu milik kita. Ia milik UMNO,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung UMNO 2019 di sini.

Iklan
Iklan

Pada Isnin lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya umum Mei tahun lepas sekali gus memberi laluan kepada PRK kawasan itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MoU Penulisan Ensiklopedia UMNO yang akan dihasilkan oleh Biro Penerangan UMNO.

Iklan
Iklan

"Ensiklopedia ini adalah penerbitan rasmi Biro Penerangan UMNO Malaysia yang mengumpulkan semua dokumen penting parti sejak penubuhannya pada 1946 hingga hari ini. - Bernama