NEW DELHI - Seekor harimau melakukan perjalanan paling jauh pernah direkodkan di India sejauh kira-kira 1,300 kilometer dalam tempoh lima bulan.
Pakar percaya mamalia berusia dua tahun setengah itu mungkin mencari pasangan, 'kawasannya' atau mangsa.
Iklan
Iklan
Harimau digelar C1 itu yang dipasangkan dengan kolar radio meninggalkan 'rumahnya' di taman perlindungan hidupan liar di Maharashtra pada Jun lalu.
Ia kemudiannya berjalan merentasi ladang, sungai, lebuh raya dan ke negeri jiran.
Pegawai hidupan liar berkata, haiwan terbabit tidak bergerak secara linear dan ia telah dikesan melalui maklumat satelit GPS pada setiap jam yang direkodkan di lebih 5,000 lokasi sejak sembilan bulan lalu.
"Kebanyakan kawasan sesuai untuk habitat harimau 'sesak'. Jadi, ia perlu berjalan ke kawasan lain," kata ahli biologi kanan di Institut Hidupan Liar, Dr Bilal Habib.
Difahamkan, ia bersembunyi pada waktu siang dan hanya berjalan pada waktu malam untuk memburu babi hutan dan lembu sebagai sumber makanannya. - Agensi