Enaknya ubi kayu rebus cicoh nyior!

Iklan
Yusof sedang membersihkan ubi kayu yang dijual di Pasar Manir.

KUALA TERENGGANU - [VIDEO] Musim tengkujuh yang melanda tidak lengkap sekiranya tidak mencuba keenakan ubi kayu rebus dimakan bersama kelapa parut.

Lazimnya ubi kayu rebus yang dimakan bersama kelapa parut hanya popular dan enak dimakan pada musim tengkujuh.

Iklan
Iklan

Tidak dapat dipastikan mengapa begitu namun seorang peniaga di Pasar Manir, di sini mengakui permintaan terhadap ubi kayu hanya didapati pada musim ini.

Yusof Embong, 65 dari Kampung Teluk Pasu, di sini, berkata, perniagaan ubi kayunya mencecah 200 hingga 300 kilogram (kg) dalam sehari pada musim hujan.

Iklan

"Orang mari (datang) tanya ubi kayu pada musim hujan, kalau keadaan cuaca beransur cerah automatik tak ramai yang bertanya.

"Kadang-kala tak ada langsung yang tanya pasal ubi kalau selain cuaca hujan.

Iklan

"Sebab itulah kalau cuaca tidak hujan, jualan ubi pun menurun dan terjual dalam 100kg sahaja sehari," katanya yang berniaga ubi kayu sejak tujuh tahun lalu.

Yusof yang turut menjual buah-buahan dibantu isteri, Mazura Muhammad, 51 dan anaknya, Wan Muhammad Amirul Faiz Wan Ismail, 26.

Selain ubi kayu putih dan kuning, Yusof turut menjual enam jenis lagi ubi iaitu ubi setela biru, ubi setela kuning, ubi besar, ubi torak itik, ubi keling dan ubi keladi.

Ubi kayu bersama kelapa parut hanya enak dimakan pada musim tengkujuh.

Katanya, dia mula menjual ubi kayu sejak akhir Oktober lalu selain turut menjual buah-buahan bermusim seperti durian, duku dan dokong.

"Bekalan ubi kayu ni saya dapat dari Kampung Tembila, Besut sebab ubi banyak ditanam di sana.

"Kalau di sini agak kurang sedikit pengeluarannya," katanya yang menjual ubi kayu pada harga RM5 sekilogram (kg) atau RM5 sebekas.

Sementara itu, seorang peniaga 'ubi kayu cicoh nyior' di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Rozita Said, 37, berkata, pelanggan akan membanjiri gerainya apabila cuaca hujan.

"Bila hujan sahaja, memang ramai pelanggan. Kalau panas je sikit, dah tak ramai yang datang untuk beli ubi kayu cicoh (dimakan bersama) nyior (kelapa parut).

"Saya pun tak pasti sebab apa, tapi itulah yang berlaku sejak dulu lagi. Orang memang gemar makan ubi kayu apabila cuaca hujan.

"Mungkin rasanya lebih nikmat dimakan dalam keadaan cuaca sejuk," katanya yang membuka perniagaan bermula jam 12 tengahari hingga 7 petang.