816 peluang kerja kosong untuk OKU

Iklan
Sebanyak 816 kerja kosong ditawarkan 24 syarikat prihatin kepada golongan OKU dalam Karnival Pekerjaan anjuran Perkeso semalam.

SHAH ALAM - Sebanyak 816 kekosongan jawatan ditawarkan 24 syarikat prihatin kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pada Karnival Pekerjaan anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam.

Perkeso dalam satu kenyataan memaklumkan Mini Karnival Pekerjaan dan temuduga terbuka khas untuk golongan OKU itu diadakan bersempena sambutan Hari OKU Sedunia yang disambut semalam.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, program untuk pencari kerja dalam kalangan OKU itu diadakan di Pejabat Perkeso Negeri Melaka, Johor, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Sabah.

"Perkeso memainkan peranan penting dalam memberikan inisiatif peluang pekerjaan kepada golongan OKU.

Iklan

"Ia sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang menerapkan tiga objektif utama iaitu menstruktur ekonomi, menangani ketidaksamaan dan membina negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, Perkeso sentiasa berusaha untuk memastikan golongan OKU tidak ketinggalan di samping membantu dalam menyumbang ke arah pembangunan negara.

Iklan

"Majikan yang hadir pada hari ini (semalam) adalah pihak prihatin yang menyokong penggajian golongan istimewa ini dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

"Dalam program sama, Bengkel Employability atau Kebolehpekerjaan juga diadakan di mana golongan pencari kerja OKU ini didedahkan dengan persediaan dan juga tips menghadapi temuduga,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan lanjutan sambutan Hari OKU Sedunia pencari kerja daripada golongan OKU dijemput hadir ke Mini Karnival Pekerjaan OKU Perkes bakal diadakan di Wisma Perkeso Kuala Lumpur 12 Disember ini.

Program bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang itu bakal menampilkan sembilan majikan yang menawarkan pelbagai kerja kosong.