PUTRAJAYA - Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan mendesak polis mengambil tindakan terhadap individu yang menghina Institusi Raja-raja termasuk bekas Yang di-Pertuan Agong.
Dalam catatan di Facebooknya, Zahida mendakwa kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan kegagalan Peguam Negara menangani isu-isu sensitif antara punca berlakunya penghinaan tersebut.