RM130,000 menanti kaki pancing di Perlis

Iklan
Asmaiza (duduk tengah) bersama wakil jabatan yang menghadiri mesyuarat penyelarasan di Perlis. (Gambar kecil: Asmaiza)

PERLIS - Hadiah bernilai lebih RM130,000 bakal menjadi rebutan pemancing pada Tourism Malaysia Surfcasting Tour...A Journey To Visit Malaysia 2020 di Pantai Kuala Sungai Baru Sabtu ini.

Pertandingan anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management dengan kerjasama kerajaan Perlis itu bertujuan mempromosikan lokasi pelancongan menarik seluruh negara.

Iklan
Iklan

Pertandingan menawarkan hadiah wang tunai RM70,000 untuk juara, kedua menerima RM12,000 dan ketiga RM5,000.

Pemenang keempat bakal membawa pulang RM1,000, kelima (RM700), keenam hingga ke-10 (RM450) manakala pemenang ke-11 hingga 100 akan membawa pulang RM300.

Iklan

Turut ditawarkan sebuah televisyen LED 60 inci dan empat TV LED 32 inci, 20 hamper dan 10 barangan Igloo sebagai hadiah cabutan bertuah serta 1,000 t-shirt untuk peserta yang mendaftar awal.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Perlis, Asmaiza Ahmad berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan penganjuran acara itu yang mampu menaikkan industri pelancongan di Perlis.

Iklan

"Saya juga mengharapkan rakyat Perlis dapat bersama-sama menyertai acara ini dan jabatan di peringkat negeri dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan acara,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan acara itu yang turut dihadiri Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Ahmad Husni Ahmad Basri dan Pengurus Wakjali Event Management, Md Zali Kasran.

Pertandingan siri kesembilan di Kuala Sungai Baru itu akan bemula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari berdasarkan kepada carta air pasang surut.

Kaunter pendaftaran akan dibuka di Dataran Kurong Tegar berhampiran pejabat Jabatan Pertahanan Awam bermula jam 3 petang Jumaat ini dan yuran penyertaan ialah RM80 untuk satu joran.

Bagi menghargai sokongan warga emas, peserta berusia 60 hingga 65 tahun diberikan diskaun penyertaan 25 peratus atau RM60 untuk satu joran, manakala peserta 65 tahun ke atas diberikan diskaun 50 peratus dan hanya perlu membayar RM40.

Bagi memberi keselesaan kepada peserta, penganjur akan membuka kawasan memancing sepanjang 3.1 kilometer.

Pertandingan adalah berasaskan ikan terberat dengan beberapa spesies ikan tidak dipertandingkan seperti todak, sesirat dan kerapu.

Beberapa acara sampingan turut diadakan termasuk pertandingan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan memancing keli kanvas serta gerai jualan.

Sebarang pertanyaan mengenai acara itu boleh menghubungi talian 019-6203040, 012-2141401 dan 013-3838655.