Bunga ros, mangga tanpa permit dirampas

Iklan
Anggota Maqis sedang memeriksa muatan yang dibawa kedua-dua lori berkenaan yang masuk dari negara jiran.

BUKIT KAYU HITAM - Dua buah lori yang membawa muatan bunga ros dan mangga dari negara jiran ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Selasa lalu kerana tidak mempunyai dokumen yang sah.

Pengarahnya, P Lily Rosalind berkata, pemeriksaan lanjut pada jam 11 malam mendapati kedua-dua lori berkenaan membawa muatan bunga ros sebanyak 57.6 kilogram (Kg) dengan nilai RM576 dan 500 kg buah mangga yang bernilai RM600 tanpa dokumen yang sah seperti permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan Maqis dan sijil fitosanitasi dari negara asal.

Iklan
Iklan

Katanya, kesemua bunga ros dan juga buah mangga tersebut dirampas dan akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawai yang telah ditetapkan.

"Maqis memandang serius Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit yang sah dan ia menjadi suatu kesalahan di bawah Sekyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Iklan
Barangan yang dirampas Maqis.

"Jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya menerusi suatu kenyataan di sini hari ini.

Lily Rosalind berkata, penahanan konsainan ini adalah bagi mengekang kemasukan serangga perosak yang akan menjejaskan industri tanaman di negara ini.

Iklan

"Hal ini boleh menyebabkan pengusaha tanaman pertanian menanggung kerugian yang tinggi jika penyakit terbabit tidak dikawal.

"Akta 728 juga diguna pakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan mematuhi aspek kesihatan manusia serta dapat mengawal kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara," katanya.