Rompakan kedai emas: Polis temui petunjuk baharu

Iklan
Seorang individu yang memakai topi keledar dengan visor melakukan rompakan di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu di sini kira-kira jam 7.30 petang pada Isnin lalu.

ALOR SETAR - Polis Kedah mengesahkan sudah mengenal pasti beberapa petunjuk baharu kes rompakan kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu di sini Isnin lepas.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya ada menemui petunjuk untuk membantu siasatan kes rompakan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiada tangkapan dilakukan buat masa ini tetapi beberapa petunjuk baharu telah diperolehi.

"Kita sudah ada 'lead' untuk kes berkenaan. Jadi, kita akan narrow down penemuan bukti terbabit.

Iklan

"Antaranya, kita akan menyiasat maklumat mengatakan kes rompakan kedai emas itu berkemungkinan ada kaitan dengan kes negeri jiran," katanya selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Pasukan Jenis Mitsubishi Outlander di Ibu Pejabat Kontinjen Kedah (IPK) di sini tadi.

Menurutnya, pihaknya juga akan berkongsi maklumat dengan daerah-daerah lain untuk menyiasat kes rompakan kedai emas itu.

Iklan

"Pihak polis akan sedaya upaya menyelesaikan kes rompakan kedai emas berlaku baru-baru ini," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang individu yang memakai topi keledar dengan visor melakukan rompakan di kedai emas di sebuah pasar raya di Jalan Alor Mengkudu di sini kira-kira jam 7.30 petang pada Isnin lepas.

Individu terbabit dipercayai menggunakan peralatan berkemungkinan senjata api dan kapak untuk memecahkan almari kaca kedai emas sebelum melarikan lima dulang emas dianggarkan bernilai lebih kurang RM200,000.

ARTIKEL BERKAITAN Suspek rompak kedai emas diburu