Tiga maut tembakan rambang di Pearl Harbor

Iklan
Anggota keselamatan menenangkan seorang lelaki di luar pagar pangkalan tentera Pearl Harbor.

LOS ANGELES - Seorang lelaki berpakaian seragam lengkap Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menembak mati dua individu dan mencederakan seorang mangsa lain di pangkalan tentera bersejarah, Pearl Harbor, Hawaii semalam.

Mangsa yang maut dipercayai kakitangan awam Jabatan Pertahanan, sementara mangsa ketiga adalah orang awam dan kini dilaporkan stabil.

Iklan
Iklan

Insiden itu berlaku pada jam 2.30 petang (waktu tempatan) di Drydock 2, Limbungan Kapal Tentera Laut Pearl Harbor.

Lapor media tempatan, penyerang menembak diri sendiri sejurus serangan.

Iklan
Iklan

Ia berlaku tiga hari sebelum ulang tahun serangan ke atas Pearl Harbor oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua pada 7 Disember 1941. - Agensi