Banjir di Kelantan semakin surut

Iklan
Keadaan di Chucoh Puteri A, di Kuala Krai selepas air di kawasan tersebut surut dan mangsa terlibat sudah kembali membersihkan kediaman mereka.

KOTA BHARU- Gelombang pertama banjir di Kelantan beransur pulih apabila jumlah mangsa terus menurun kepada 10,589 orang melibatkan 4,031 keluarga sehingga jam 1 petang berbanding 11,436 jam 8 pagi tadi.

Portal ebanjirkelantan melaporkan hanya mangsa di Pasir Mas dan Tumpat masih terjejas dan kini ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan
Iklan

Terkini seramai 7,412 mangsa melibatkan 2,917 keluarga ditempatkan di 18 PPS tetapi berkurangan berbanding sebelah paginya.

Jumlah mangsa di Tumpat pula ialah 3,177 orang membabitkan 1,114 keluarga manakala 37 mangsa membabitkan tujuh keluarga di Pasir Puteh yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja sudah dibenarkan tengah hari ini.

Iklan

Sementara itu, portal berkenaan turut memaklumkan hanya dua sungai yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada bacaan 9.87 meter (bahaya 9m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu pula 2.93m (bahaya 2.50m).

Tujuh sungai lain iaitu, Sungai Galas di Dabong, Sungai Lebir di Tualang, Sungai Kelantan di Tangga Krai, Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Sungai Golok di Jenob dan Sungai Semerak di Pasir Puteh berada pada paras normal.

Iklan