Hadkan PM untuk dua penggal ada dalam manifesto PH

Iklan
Mohamad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati.

PASIR MAS - Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Selasa lalu, bertepatan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, seluruh ahli Parlimen daripada parti itu akan memberikan sokongan padu terhadap perkara tersebut.

Iklan
Iklan

"Apa yang dibentangkan itu (berkaitan perjawatan Perdana Menteri) tepat dan ia selaras manifesto janji-janji PH pada PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) lalu," katanya selepas diminta mengulas pendirian Amanah berhubung perkara itu.

Terdahulu Mohamad yang juga Menteri Pertahanan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir, Panglima Dua Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong membentangkan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat.

Iklan

RUU itu dijangka akan dibahaskan di sidang seterusnya pada Mac tahun depan.

Pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan merancang untuk mengehadkan tempoh perkhidmatan jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri kepada dua penggal.

Pindaan perlembagaan tersebut bertujuan mengekang kuasa perdana menteri dan pemegang jawatan lain.

Ia antara janji yang terkandung dalam manifesto PH.