Tiada istilah 'sudah terlewat' belajar mengaji

Iklan
LAMBAT atau cepat seseorang mempelajari al-Quran, ia bukanlah perkara utama kerana paling signifikan adalah usaha kita untuk mendekati kalam ALLAH itu.

"DAH tua-tua pun nak pergi kelas ngaji juga ke? Ish, malulah aku, sudahlah buta huruf, mengaji merangkak-rangkak. Nanti orang ketawakan aku pula."

Barangkali ayat itu terlintas di fikiran segelintir orang apabila mahu kembali belajar mengaji pada usia yang lanjut.

Iklan
Iklan

Hakikatnya, itu hanyalah persepsi kita sahaja, sedangkan ALLAH SWT menjanjikan ganjaran kepada mereka yang tidak lancar membaca al-Quran dan mempelajarinya.

Soal lambat atau cepat seseorang itu belajar al-Quran bukan perkara pokok.

Iklan

Paling signifikan adalah usaha kita untuk mempelajarinya.

Biarlah kita lambat atau usia kita sudah lanjut sekalipun, tetapi jangan sesekali menyerah kalah tanpa berusaha untuk belajar mengaji sebelum menghadap ALLAH SWT.

Iklan

Ikuti perkongsian tiga individu pertengahan usia yang kembali mengikuti kelas mengaji dalam sisipan Sinar Islam esok.

Semoga ia menjentik inspirasi kepada kita untuk terus belajar kalam ALLAH itu hingga akhir hayat.