BARCELONA - Aksi spontan kanak-kanak sindrom down memeluk dan memujuk rakannya seorang autisme menangis nyata meruntun jiwa sesiapa sahaja.
Video berdurasi 1 minit 6 saat dimuat naik di Twitter StanceGrounded meraih lebih 4.3 juta tontonan daripada netizen hingga tular di laman sosial.
Tindakan kanak-kanak itu mengagumkan netizen kerana memiliki kebolehan empati dan baik hati memujuk rakannya sedang menangis.
Kanak-kanak sindrom down juga mengelap air mata, memeluk tubuh rakannya serta menggerakkan anggota badan kanak-kanak tersebut sehingga dia tenang.
Secara luarannya mereka tidak sama seperti kanak-kanak normal namun mereka masih mempunyai sensitiviti memahami perasan orang lain.
Kata StanceGrounded, kanak-kanak itu mengingatkan kita bahawa cinta adalah naluri semula jadi dan kebencian adalah diajar.
"Kekurangan cinta dan sifat empati adalah masalah kita pada masa ini dan dunia kini sangat memerlukan kedua-duanya," ciapnya.
Kata @silronrayslabs,"Sesetengah tindakan kanak-kanak memberi harapan baru kepada manusia yang hidup dalam dunia kejam."
@Elizabeth_USA27 juga berkongsi pengalaman memiliki anak autisme dan berharap orang ramai menyayangi golongan tersebut.
"Mereka memiliki hati nurani, suci, sangat jujur. Saya menangis dan suka melihat video ini mengingatkan saya kepada anak saya.
"Terima kasih kerana menunjukkan sisi mulia buat kanak-kanak OKU," ciapnya.