BATU PAHAT - Seramai 21 mangsa banjir melibatkan empat keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Seri Comel, Parit Sulong di sini setakat jam 8 pagi tadi.
Mengikut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Batu Pahat, kesemua mangsa berasal dari Kampung Parit Betong Darat dan Kampung Parit Abdul Rahman.
PPS Sekolah Agama Seri Comel yang dibuka sejak Isnin lalu adalah satu-satunya PPS yang dibuka di Johor dan masih beroperasi.