ACARA silat Sukan SEA Filipina 2019 menyumbangkan emas pada hari ini menerusi Zulfazly Zulfakar bagi kategori Tanding Putra kelas D selepas menewaskan peserta dari Indonesia.
Pingat itu adalah emas bagi penampilan pertama Zulfazly pada temasya dwi tahunan itu.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, kemenangan tersebut tidak datang dengan mudah kerana terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan lawannya, Kusumah Hanifah dengan 3-2.
10
Sementara itu, pesilat Malaysia, Muhammad Khairi Adie Azhar mengutip gangsa bagi acara silat (olahraga) Tanding Putra A.
Iklan
Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) menyasarkan dua pingat emas bagi skuad negara daripada sembilan acara yang dipertandingkan pada Sukan SEA di Filipina.
Iklan