Larangan bergambar di kawasan perkuburan

Iklan
TIDAK dibenarkan mengambil gambar di tanah perkuburan Islam atau bukan Islam kerana ia tiada manfaat dan mengguris hati waris kepada si mati jika foto disebarkan.

KAWASAN perkuburan merupakan tempat persemadian yang menjadi destinasi terakhir seorang insan apabila meninggal dunia.

Sewajarnya tanah perkuburan itu menjadi tempat untuk kita mengingati kematian.

Iklan
Iklan

Pun begitu, ada orang yang kurang sensitif dengan hal itu hinggakan merakam gambar di situ, bahkan turut mengadakan sesi fotografi di kawasan berkenaan.

Apakah hukumnya menjalankan sesi fotografi sama ada untuk perkahwinan ataupun untuk tujuan fesyen di tanah perkuburan Islam atau agama lain?

Iklan

Sebelum menjawab persoalan berkenaan, fahamilah bahawa hukum mengambil gambar menggunakan kamera, telefon pintar dan selainnya adalah dibolehkan kerana ia tidak termasuk dalam hadis larangan mengukir atau melukis gambar.

Sebaliknya, ia terhasil dari pantulan rakaman cahaya.

Iklan

Itulah pendapat Sheikh Dr Saad al-Sasyri, seorang ulama besar di Makkah.

Sementara Sheikh Mustafa al-‘Adawi, ulama besar Mesir meletakkan syarat keharusan itu adalah kerana hajat dan ada kepentingan.

Sama juga pendapat Sheikh Dr Abdullah al-Mutlaq dan selainnya.

Adapun, hukum mengambil gambar adalah tidak dibenarkan di perkuburan Islam.

Lebih-lebih lagi di kubur bukan Islam kerana ia tiada manfaat dan mengguris hati waris kepada si mati jika gambar disebarkan.

Itu adalah pendapat Sheikh Dr Nasir al-Barrak, Sheikh Ali bin Soleh al-Mari dan selainnya.

Tambahan pula, ia merupakan perbuatan sia-sia dan menyalahi adab dan tatasusila.

Saidina Umar al-Khattab berkata:"Peliharalah perkara (keadaan) yang membawa kepada tohmah (fitnah)."

Oleh itu, tutuplah ruang-ruang yang boleh mendatangkan fitnah dan kecaman kepada Islam.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah dan penulis.