Wanita UMNO mahu kuota 30 peratus sebagai calon PRU

Iklan
Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR - Pimpinan tertinggi UMNO digesa menetapkan 30 peratus kuota bagi calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Wanitanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, ini kerana ramai wanita mempunyai kelayakan untuk bertanding bagi mewakili parti itu.

Iklan
Iklan

"Kita harap kepimpinan parti dapat mempertimbangkan cadangan ini kerana ramai yang mempunyai kelayakan untuk dijadikan calon.

"Kita perlu ke hadapan dalam memberi tawaran terbaik kepada rakyat," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan Persidangan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, dalam situasi politik negara yang tidak stabil dan isu peralihan kuasa Perdana Menteri, tidak mustahil PRU15 akan dilaksanakan pada bila-bila masa.

"Wanita UMNO perlu bersiap sedia untuk memperkasakan parti supaya berjaya merampas kembali pemerintahan negara daripada Kerajaan Pakatan Harapan," katanya.

Iklan