Pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar disambung semula
Iklan
Kerja pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar dimulakan semula hari ini.
GEORGETOWN - Projek pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar di sini yang dihentikan Mei bagi memberi laluan kepada projek transit aliran ringan (LRT) Bayan Lepas disambung semula hari ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, kerja-kerja awal pembersihan tapak pembinaan di atas tanah Lot 3423 dan 10067 Mukim 13 Daerah Timur Laut kini bermula bagi membolehkan jentera masuk ke tapak pembinaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kontraktor juga telah memulakan kerja-kerja penandaan cerucuk di tapak pembinaan.
"Mengikut perancangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang, pembinaan masjid ini akan hanya disambung semula pada Januari 2020 namun JKR berjaya menyiapkan lukisan pindaan terbabit untuk membolehkan kontraktor meneruskan kerja pembinaan lebih awal.
Iklan
"Setelah siap dibina, masjid ini dijangka akan memuatkan 1,700 orang jemaah pada satu masa," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Terdahulu, pembinaan semula Masjid Sungai Nibong Besar ditangguhkan berikutan lokasinya berada di antara laluan Jalan Sultan Azlan Shah dan cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Iklan
Isu pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar sebelum diperkatakan apabila jemaah masjid itu mendakwa kerajaan negeri sengaja melewatkan pembinaan semula selepas dirobohkan pada Mei lalu.
Jemaah masjid juga mendesak kerajaan negeri mengikut pelan asal cadangan jajaran LRT di kawasan masjid tersebut kerana perubahan akan memberi impak negatif kerana pagar masjid akan berkongsi dengan pagar perumahan di kawasan tersebut.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam