Pentadbiran Perak umpama 'gerabak kereta api tanpa kepala'

Iklan

IPOH - UMNO dan Pas Perak mendakwa pentadbiran kerajaan negeri kini 'lumpuh' susulan ketiadaan dua timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang sepatutnya memangku tugas di peringkat pentadbiran negeri berikutan kekosongan kerusi SUK sejak Ahad lalu belum lagi diisi.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dalam kenyataan media bersama hari ini berkata, ketiadaan dua timbalan SUK berikutan masing-masing berkursus di luar negara dan cuti sakit, menjadikan kerajaan Perak ibarat 'gerabak kereta api tanpa kepala'.

Iklan
Iklan

Lebih memburukkan keadaan, kenyataan tersebut turut menyifatkan pentadbiran di peringkat negeri huru-hara berikutan politik negeri tidak stabil akibat perebutan kerusi menteri besar, pergeseran antara parti komponen serta percakaran dalaman parti di peringkat Pakatan Harapan (PH).

"Jentera pengurusan dan pelaksana kerajaan lumpuh akibat tiada orang yang mengetuai operasi kerajaan.

Iklan

"Harus diingat, Menteri Besar Perak dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan hanya penggubal polisi, manakala pelaksana ialah kakitangan awam yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurutnya, lebih menyedihkan apabila Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Rohana Abd Malek pula menghampiri persaraan.

Iklan

"Tanpa sebuah jentera pelaksana yang kuat, adalah mustahil tugas kerajaan boleh dilaksanakan, ibarat gerabak kereta api yang tidak mempunyai kepala lokomotif. Rakyat bawahan terus menjadi mangsa," katanya menerusi kenyataan itu.

Zainal Azman sah bertukar