Fedtri Yahya timang anak keempat

Iklan

PENGACARA dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fetri Yahya selamat menimang cahaya mata keempat apabila isterinya, Nur Anati Ismail selamat bersalin semalam.

Bayi lelaki seberat 2.65kg itu dilahirkan secara normal pada pukul 11.45 pagi Ahad di sebuah pusat perubatan di Kota Damansara.

Iklan
Iklan

Fedtri berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar pertama cahaya matanya itu.

"Alhamdulillah, syukur... Isteri saya telah selamat melahirkan anak keempat pada jam 11.45 pagi tadi. #babyboy.

Iklan

"Bayi dilahirkan secara normal. Alhamdulillah.... Permulaan yang indah untuk 2019 ini. Mohon doa sahabat-sahabat sekalian agar urusan keluarga saya dipermudahkan,” tulisnya pada kapsyen.

Difahamkan kali ini, isteri Fedtri sendiri yang memilih nama untuk anak mereka dengan menamakannya sebagai Ahmad Firaas Mevlana.

Iklan

Fedtri dan Nurul Anati berkahwin pada Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2.