MIRI - Majlis Bandaraya Miri (MBM) menahan lima individu dalam operasi bersepadu yang dilancarkan bagi menangani masalah kehadiran gelandangan sekitar bandaraya, susulan aduan dari orang ramai sejak kebelakangan ini.
Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang berkata operasi hari ini membabitkan kerjasama kira-kira 40 petugas dari pelbagai agensi berkaitan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan dan polis.