250kg produk pertanian dari Thailand dirampas
Iklan
Antara barangan yang dirampas Maqis Kelantan semalam.
TUMPAT- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas produk pertanian dari Thailand bernilai RM1,500 yang dibawa masuk tanpa permit sah.
Pengarah Maqis Kelantan, Mohd Azam Yahya berkata, barangan seberat 250 kilogram itu dirampas dalam satu operasi pemeriksaan di bahagian kargo Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor dekat sini jam 7 pagi semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, barangan yang dirampas terdiri daripada ubi keledek, ubi kemili, limau baby, pisang dan jagung yang dibawa masuk oleh enam peraih tempatan.
"Hasil pemeriksaan lanjut yang dijalankan, Maqis mendapati konsainan tersebut tidak mempunyai permit import Maqis yang sah dan sijil fitosanitari dari negara asal.
Iklan
"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit import yang sah dari Maqis adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah beliau, di samping memperkukuh hubungan dengan agensi berkaitan, Maqis sentiasa mempertingkatkan kawalan dan komited terhadap keselamatan makanan, kawalan penyakit, risiko kemasukan perosak merbahaya di setiap pintu masuk sama ada laluan darat, udara mahupun laut.
Iklan
"Tindakan penguatkuasaan undang-undang ini jelas menunjukkan Maqis serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara,” katanya.
Antara barangan yang dirampas Maqis Kelantan semalam.
Seramai 65 duta dakwah dalam kalangan anak muda dilahirkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dengan kerjasama Masjid Imanul Fa'izin melalui Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan yang bermula 29 Disember lalu dan melabuhkan tirainya pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin
Sepanjang dua minggu di Makkah dan Madinah kesemua peserta yang terdiri daripada 29 perempuan dan 36 lelaki masing-masing berusia antara 20 hingga 35 tahun itu bukan sahaja fokus kepada ibadah umrah semata-mata namun mereka turut disajikan dengan makanan rohani menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa serta negara.
Mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar berkata, pelbagai pengisian telah diaturkan untuk anak-anak muda sekali gus berbeza dengan jemaah umrah yang lain.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/706435/edisi/kelantan/andalusia-lahirkan-duta-dakwah-dalam-kalangan-anak-muda
Muzik: Happiness dari www.bensound.com