'Mahasiswa perlu suarakan ketidakadilan dalam universiti'

Iklan
Mohd Nashriq

MELAKA - Mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) perlu menyuarakan ketidakadilan dan kepincangan yang berlaku dalam universiti serta kerajaan.

Wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK) dari Kangar, Mohd Nashriq Othaman berkata, kritikan mahasiswa yang relevan seharusnya diambil kira dan tidak diabaikan.

Iklan
Iklan

Pada sama sama menurutnya, mahasiswa perlu cakna terhadap isu semasa seperti politik, sosial dan ekonomi yang dihadapi negara.

"Mahasiswa perlu berani tampil ke hadapan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dan menyumbangkan idea lebih konstruktif.

Iklan

"Mahasiswa diberi lebih kebebasan untuk bersuara dan membabitkan diri dalam kegiatan politik matang selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971(AUKU) dipinda kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Jika AUKU masih belum dipinda, pasti mahasiswa akan dikenakan tindakan disiplin dan tata tertib," katanya.

Iklan

Mohd Nashriq berkata demikian ketika berucap membahaskan ucapan dasar mengenai isu pendidikan dan mahasiswa pada Kongres AMK di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan disaran memantau dan mengawal kadar yuran pengajian di IPTA agar tidak dinaikkan sesuka hati.

Menurutnya, kenaikan yuran akan membebankan mahasiswa dan menjejaskan pengajian.

"Kalau bukan IPTA yang menyediakan platform untuk rakyat mendapatkan pendidikan, ke mana lagi rakyat nak dapatkan pendidikan?

"Oleh yang demikian, wajarlah pihak kerajaan agar masalah kenaikan kadar yuran dapat diatasi dengan segera," katanya.