Cuaca sejuk melampau di Korea Selatan

Iklan
Korea Selatan dicengkam cuaca sejuk melampau hari ini.

SEOUL - Korea Selatan dicengkam cuaca sejuk melampau pada pagi hari ini, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Pentadbiran Meteorologi Korea.

Suhu rendah pada sebelah pagi di Seoul ialah -10.6 darjah Celsius, paling rendah musim sejuk ini dan lebih rendah berbanding purata 30 tahun iaitu -1.8 darjah Celsius.

Iklan
Iklan

Suhu sejuk melanda seluruh negara termasuk Incheon ( -9 darjah Celsius), Cheorwon ( -15.6 darjah Celsius), Daejeon (-9.6 darjah Celsius), Gwangju ( -4.9 darjah Celsius) dan Daegu ( -5.9 darjah Celsius).

Keadaan itu disebabkan oleh gabungan udara sejuk beku dari utara China dan penyejukan radiasi yang berlaku apabila udara berhampiran tanah didinginkan oleh permukaan bumi kehilangan haba akibat radiasi, menurut perkhidmatan cuaca.

Iklan
Iklan

"Suhu dijangka meningkat melebihi sifar pada sebelah petang di kebanyakan tempat di negara itu kecuali di beberapa kawasan pergunungan," kata agensi tersebut. - Bernama