Polis siasat lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin

Iklan
Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR - Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti yang tular dalam media sosial hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan," katanya ketika dihubungi di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lagu Negaraku sudah diwartakan, tidak boleh diubah'

Kementerian Pendidikan tidak kompromi pihak langgar Perlembagaan

Iklan
Iklan

Hari ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi 1 minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. - Bernama

Iklan
Iklan