Ibu bawa anak layan ganja

Iklan
Suspek ditahan ketika sedang menghisap dadah.

KLANG - Seorang ibu tergamak melepas gian menghisap dadah di rumahnya di Kota Pendamar, tanpa menghiraukan dua orang anaknya.

Lebih menyedihkan, salah seorang anak tersebut adalah orang kurang upaya (OKU) yang berusia setahun.

Iklan
Iklan

Kegiatan itu dikesan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Klang kira-kira jam 10 pagi, hari ini, ketika wanita berusia 27 tahun itu menagih dadah jenis syabu bersama bekas suami, bapa tiri dan adik perempuannya.

Difahamkan, semasa serbuan dapati kesemua suspek menghisap dadah di bahagian ruang tamu rumah tersebut, manakala kanak-kanak berusia satu dan tujuh tahun dibiarkan berada di dalam bilik.

Iklan

Menurut sumber, kanak-kanak lelaki OKU yang merupakan anak kepada wanita itu didapati mempunyai penyakit paru-paru berlubang, gigi sumbing dan masalah tulang belakang dipercayai kesan pengambilan dadah oleh wanita terbabit semasa mengandung.

"Siasatan mendapati, kesemua suspek yang positif syabu itu telah terlibat dalam najis dadah sejak setahun lalu.

Iklan