KOTA BHARU - Gelombang pertama banjir di Kelantan semakin baik dengan jumlah mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus berkurangan kepada 5,106 orang setakat jam 6 petang tadi.
Mengikut portal ebanjir.kelantan.gov.my, setakat ini kekal dua jajahan masih terjejas iaitu di Pasir Mas dan Tumpat yang mana kesemua 1,948 keluarga berada di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).