Banduan buta jalani hukuman mati di AS

Iklan
Lee Hall menjadi banduan ke-21 menjalani hukuman mati di AS tahun ini. - FOTO: AFP

WASHINGTON - Seorang lelaki buta di Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman mati selepas disabitkan bersalah membakar bekas teman wanitanya hingga mati.

Lee Hall memilih menjalani hukuman di kerusi elektrik berbanding suntikan maut, pilihan ditawarkan negeri Tennessee kepada banduan yang dijatuhi hukuman mati sebelum tahun 1999.

Iklan
Iklan

Hall diumumkan meninggal dunia pada jam 7.26 petang (waktu tempatan) di Institut Keselamatan Riverbend, kata Jabatan Pemulihan Tennessee dalam kenyataan bertulis.

Banduan berusia 52 tahun itu dijatuhi hukuman mati selepas disabitkan bersalah membakar kereta dinaiki bekas teman wanitanya sekali gus membunuh mangsa pada 1991.

Iklan

Tahun lalu, peguam bela beliau berhujah, hukuman mati mati tersebut ‘menyinggung kemanusiaan’ kerana Hall buta akibat glaukoma.

Namun, Mahkamah Agung menolak rayuan akhirnya tanpa memberi ulasan.

Iklan

Gabenor Tennessee, Bill Lee turut enggan memberikan pengampunan kepada Hall. - AFP