Sebulan peluk Islam, ibu Firdaus Wong tunai umrah

Iklan
Firdaus Wong bersama ibunya menunaikan Umrah.

SHAH ALAM - Setelah sebulan ibu penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memeluk Islam, kini wanita bertuah itu berada di bumi Madinah bagi menunaikan umrah bersama anaknya.

Menurut Firdaus, ibunya See Ah Lin bersama ahli keluarga dan beberapa mualaf menunaikan umrah buat pertama kalinya.

Iklan
Iklan

Beliau juga berkongsi kegembiraan itu di Facebook miliknya dan berharap agar tahun hadapan bapa dan adik-beradik berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu.

"Selepas menjejakkan kaki ke Madinah pada Isnin lalu, ibu saya minta saya berdoa agar ayah, kakak, abang serta dua anak saudara saya pula akan datang menunaikan umrah tahun depan.

Iklan

"Gembira dan sebak saya mendengar permintaan ibu saya. Ya beliau mungkin baru sebulan lebih memeluk Islam tetapi beliau berharap agar ahli keluarga saya yang belum Muslim juga dikurniakan hidayah oleh-Nya. Insya-ALLAH kita buat yang terbaik berdakwah dan berdoa dan selebihnya kita serahkan kepada ALLAH Subhana Wa Ta’ala." tulisnya pantas mendapat perhatian netizen.

Paparan Facebook Firdaus Wong

Netizen yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarganya, dipermudahkan perjalanan melaksanakan ibadah selain memuji kecantikan ibunya ketika memakai hijab.

Iklan

Ahlia Kamal berkata,"MasyaALLAH cantiknya ibu ustaz. Semoga menjadi asbab hidayah seluruh alam. Saya pun sentiasa minta doa mak bapa saya diberi hidayah untuk kembali kepada Islam."

Kata Rohaini Ithnin,"Baru sebulan dah dapat jejak Madinah dan Makkah. Kita yang lahir Islam begitu sukar nak pergi sana. Alhamdulillah rezeki ALLAH nak beri pada hambanya yang dikehendaki."

Menurut Aieyra Anne Alyah,"Alhamdulillah, terpancar wajah yang suci dan keikhlasan. Moga sentiasa dalam rahmat dan reda ALLAH. Amin. Doakan untuk saya bersama orang tersayang dapat menunaikan umrah bersama-sama."

Dalam pada itu posting perkhabaran tersebut kini mencecah 45,000 dan lebih 3,700 tanda suka dari peminatnya yang sentiasa menyokong beliau.